RESTORAN SELERA KAMPUNG DAUN PISANG ( RSKDP ) telah memulakan perniagaannya pada 1 / 1 / 2000. Bertempat di Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, Shah Alam. Perniagaan ini telah didaftarkan secara rasmi dibawah SuruhanJaya Syarikat Malaysia ( SSM ) pada 27 / 3 / 2001. Secara khususnya, perniagaan syarikat ini adalah berasaskan penjualan makanan dan minuman di satu premis sahaja. Tetapi sehingga kini, syarikat ini telah menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan telah membuka beberapa cawangan.
Kini, RSKDP masih lagi mempunyai kontrak menguruskan kantin kilang di Chemicals Company of Malaysia ( CCM ), kantin sekolah di Sekolah Rendah Agama, Kampung Padang Jawa dan membekalkan makanan dan minuman untuk pelajar-pelajar Fakulti Sains Sukan UITM, Shah Alam. Selain itu, RSKDP juga menerima tempahan membekalkan makanan dan minuman untuk sebarang majlis seperti perkahwinan, seminar dan lain-lain majlis keramaian.
Sehingga kini, RSKDP telah menjalankan perniagaan hampir 9 tahun, dengan azam dan semangat yang tinggi, RSKDP berharap dapat terus berdiri kukuh dan melebarkan jaringan perniagaan ke peringkat yang lebih jauh. Walau bagaimanapun, tanpa sokongan, teguran, nasihat dan cadangan daripada pihak pelanggan, keluarga, rakan-rakan dan para pekerja adalah amat mustahil RSKDP dapat pergi sejauh ini.
Apa yang amat diharapkan, semoga apa yang dilakukan mendapat keredhoan dan berkat dari ALLAH S.W.T.. Oleh itu, kami berharap kepada semua pihak agar mendoakan kejayaan RSKDP. Mulai saat ini RSKDP lebih dikenali sebagai SKDP CATERING & CANOPY SERVICES.
SEKIAN
TERIMA KASIH
///